Wednesday, June 24, 2009

Kelas Facial Pada 19 Jun 2009
















Seperti biasa kelas facial ni dibuat pada waktu rehat yang panjang.
Kali ni hanya 2 org sahaja iaitu pn. elza n cik susan...
Memang best....
sambil berfacial kami bergosip....
jeng...jeng....jeng....
gosip apa lagi pasal hal kerja la...
bos... n etc...

thank so much to elza n susan...















Tuesday, June 9, 2009

Kelas FAcial 5 Jun 2009




Khusyuknya yana tgh buat satin lips










Ni tengah sapu mask kat muka....

KELAS FACIAL PADA 5 JUN 2009 (JUMAAT)
















herm.... masa rehat kul 1.00 tghr - 2.30 petang, kelas facial ini diadakan di office kami.





seramai 4 org yang mencuba n belajar facial.





terima kasih pd Shikin yg sudi mengajak kawannya utk berkongsi ilmu pd petang tuh...





terima kasih juga diucapkan kepada kawan shikin yg very sporting iaitu yana, fara dan wani....





tak lupa juga kepada jurufoto iaitu kak zu yg x berhenti-henti snap gambar utk pose yg istimewa...










Thursday, June 4, 2009

mary KAy




Anda mungkin tidak pernah tahu tentang sebuah syarikat seperti Mary Kay.


Ia mempunyai falsafah dan budaya luar biasa yang berasaskan Pedoman Penting. Ia sudah diamalkan sejak dari mula lagi apabila Mary Kay Ash menubuhkan syarikatnya 46 tahun lalu. Maka tidak hairanlah Mary Kay terkenal di seluruh dunia sebagai syarikat yang anda boleh menaruh kepercayaan pada produknya.


Mary Kay secara kekal membangunkan produk yang memenuhi piawaian tertinggi bagi keselamatan, kualiti dan prestasi. Malah Mary Kay amat yakin pada produknya sehingga semua produknya disokong oleh jaminan kepuasan 100 peratus.

Yang paling tip top tentang Mary Kay ialah ia mempunyai jaminan MONEY-BACK-GUARANTEE bagi pelanggan yang tidak berpuashati dengan produk ini.

Dengan jaminan ini, ia membuktikan bahawa Mary Kay adalah satu produk yang sangat berkualiti tinggi dan menjaga kebajikan para pembeli.

Jadi, anda tidak perlu teragak-agak dengan produk Mary Kay. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi saya k.




HIDROKUINON

Keghairahan sesetengah wanita untuk memiliki kulit cerah dengan cara cepat menggunakan kosmetik murahan menenggelamkan nasihat pakar kecantikan dan kesihatan, walaupun bahaya mengenai bahan terlarang sudah acap kali dibincangkan.

Malah, tindakan kerajaan merampas sesetengah jenis kosmetik jelas menggambarkan, sememangnya kosmetik berkenaan mengandungi bahan terlarang yang membahayakan pengguna dan ia sepatutnya menjadi pencetus kesedaran kepada wanita supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan dan dakwaan pengeluar produk.

Keinginan menukar kulit wajah sebenarnya menunjukkan seseorang individu itu tidak yakin dengan diri sendiri. Jika anda menganggap kecantikan diukur pada warna kulit, bermakna tafsiran anda sangat sempit.

Kecantikan seseorang wanita tidak hanya terletak pada warna kulit atau tebalnya solekan di muka. Ukuran kecantikan sejagat membabitkan jati diri dan keperibadian mulia.

Bagaimanapun, bukan semua orang boleh menerima pendapat begini. Dalam satu kaji selidik oleh Synovate pada 2004, 61 peratus wanita dari lima negara iaitu Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berkata, mereka tampak lebih muda jika memiliki kulit cerah.

Kaji selidik berkenaan juga mendapati, 50 peratus wanita Filipina, 45 peratus wanita Hong Kong dan 41 peratus wanita Malaysia menggunakan produk pencerah wajah.

Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap.

Tuhan tidak akan mencipta sesuatu tanpa fungsi tertentu dan melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari.

Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit.

Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik.

Sebelum anda mencuba mana-mana produk kecantikan, terutama jenama yang tidak pernah didengar sebelum ini, satu perkara perlu diingat iaitu anda memperjudikan bahagian paling penting iaitu muka untuk menerima apa jua kesan sampingan produk berkenaan.

Jadi sebelum melumurkan sebarang krim, tanya pada diri, sanggupkah anda menjadikan muka sebagai tempat ujian yang tidak pasti lagi kesannya?

Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.

Walaupun diharamkan, masih ada sesetengah pengeluar tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan menggunakan bahan aktif berbahaya seperti monobenzil dan monometil hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida dalam produk mereka untuk membolehkan pengguna melihat kesan cepat seperti diharapkan kebanyakan wanita.

Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.

Melihat kesan diharapkan, ramai wanita menganggap ia produk baik dan terus menggunakannya bagi mengekalkan kecantikan yang baru dimiliki. Di sinilah bermulanya masalah mereka. Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan semula.

Mungkin ada yang tidak faham proses pengoksidaan ini. Ada cara mudah untuk memahaminya. Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi kepada kulit anda.

Proses pengoksidaan semula menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan nampak ada kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.

Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan lebih mudah mendapat kanser kulit.

Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan, tetapi berkumpul di dalam sel di bawah kulit dan boleh berpindah ke sel lain hingga sampai ke organ lain.

Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang � dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik.

Seperkara yang perlu diingat, lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit anda, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi. Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

Hidrokuinon � Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.

Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

Trietinon � Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

Raksa � Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

Pembelian produk kosmetik adalah satu pelaburan. Justeru, pastikan wang anda dilabur untuk produk berkualiti dan boleh dipercayai.

Proses ini mungkin mengambil masa kerana semua pengeluar mendakwa menggunakan bahan semula jadi dalam produk mereka.

Seperkara lagi, usah cepat terpengaruh dengan penampilan model atau jurucakap sesuatu produk kerana pemilihan mereka dibuat berdasarkan wajah dan kulit yang sememangnya cantik.

Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada anda tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat anda untuk mencubanya.

Jadilah pelabur bijak kerana pelaburan dalam penjagaan kecantikan bukan hanya membabitkan wang, tetapi masa dan paling penting, kulit muka anda.

Jangan jadikan muka sebagai medan melakukan ujian keberkesanan bahan terlarang kerana dikhuatiri kesan sampingannya kekal sehingga tua.

Berdasarkan buku panduan Kosmetik dan Penjagaan Diri: Bahaya dan Kesan Sampingan terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, ada cara tradisional boleh digunakan untuk mencerahkan kulit iaitu menggunakan kuning telur, minyak jagung dan sedikit air sebagai topeng muka (masker).

Selain itu, jus nanas segar boleh menaikkan seri kulit yang kusam. Caranya, rendam tuala muka ke dalam jus nanas (campur air jika terlalu pekat) dan letak tuala pada muka selama 15 minit.

Kandungan enzim bromelain dalam jus nanas boleh melarutkan sel kulit mati yang menyebabkan pengumpulan lebih banyak sel mati di muka.

Kaedah tradisional ini mungkin lambat menunjukkan kesannya, tetapi yang penting ia selamat dan bebas bahan kimia berbahaya.

aPA yG DimAksudKAn HIdroKUinon

MEMILIKI raut wajah yang gebu, cerah, licin, halus dan bebas daripada sebarang masalah adalah antara impian sebahagian besar kaum wanita. Tidak hairanlah jika terdapat pelbagai jenama krim pembersih dan pencerah kulit yang dicipta khusus untuk memenuhi keinginan tersebut.

Selain monobenzil, monometil, raksa, asid askorbik dan peroksida, hidrokuinon adalah salah satu bahan yang biasanya digunakan sebagai agen pemutih dalam kosmetik.

Ia adalah sejenis bahan kimia sintetik yang digunakan sejak dahulu lagi untuk mencerahkan kulit.
Penggunaan bahan ini sejak dahulu lagi bertujuan menanggalkan sel-sel kulit yang lama, untuk digantikan dengan sel-sel kulit baru. Meskipun ia bukan perkara baru, namun penggunaannya telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa produk disahkan mempunyai kepekatan hidrokuinon berlebihan.Ini kerana adanya aduan daripada mangsa yang mengalami kerosakan kulit dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar selepas menggunakannya.


Dengan dos kepekatan yang tinggi, ia boleh meninggalkan kesan seperti kulit terbakar dan merah berbanding dos yang kecil. Sekiranya digunakan dalam jangka masa yang panjang dan didedahkan pula dengan cahaya matahari, ia boleh mengakibatkan terhasilnya tompokan dan bonjolan kekuningan pada kulit yang dikenali sebagai okronosis.

Apabila ini berlaku, tiada kaedah yang dapat mengembalikan kulit menjadi normal. Kepekatan hidrokuinon yang berlebihan bukan saja berbahaya pada kulit, malah boleh menyebabkan keracunan yang serius jika termakan. Jika seseorang termakan dalam jumlah lima hingga 15 gram ia boleh menyebabkan gelugut dan kerosakan sel darah merah.

Jika produk kecantikan yang digunakan mengelupas.. .pedih..kebarang kalian produk tersebut mengandungi racun hidrokuinon adalah tinggi dan ini tidak disedari oleh ramai pengguna.

Pengguna tertarik dengan jaminan bahawa produk tersebut mampu menghilangkan jeragat dan sebagainya …
Memang benar ianya mampu menghilangkan jeragat apabila hidrokuinon mematikan melanin iaitu pewarna dan pelindung semulajadi pada kulit. kulit akan kelihatan putih dalam jangkamasa singkat tetapi pengguna tidak boleh berhenti mengunakan hidrokuinon kerana apabila berhenti walaupun dalam 3-4 hari, kulit akan jadi gelap dan ada juga yang ditumbuhi jerawat dan lebih teruk kulit akan jadi hypersensitif.

Jadi pengguna mengambil keputusan kembali mengunakan produk hidrokuinon dengan alasan tidak sanggup menghadapi masalah kulit apabila berhenti… apa akan jadi selepas 3-4 tahun pengunaan yang berterusan.. ……hidrokuinon akan terus meresap dalam lapisan kedua kulit (dermis) yang mengandungi pelbagai saraf dan saluran darah dan bahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dalam jangkamasa panjang seperti sawan, kandungan boleh cacat, koma, kejang otot, kanser kulit dan sebagainya.

Satin Lips - Lip MAsk n Lip Balm




LIP MASK & LIP BALM




Ramai di kalangan wanita mengalami bibir kering, kusam dan kehitaman. Biasanya bibir kering mungkin kerana kekurangan air dalam badan. Bibir kusam pula kerana merokok atau pemakaian lipstik yang mempunyai pigment yang tinggi atau di panggil 'LEAD'.


Jadi semasa anda ingin membeli lipstik, selidik dulu samada lipstik tu jenis yg tahan lama atau tidak? Selalunya jenis yg tahan lama akan merosakkan bibir. Lipstik yang murah pun begitu juga, tetapi ada juga lipstik yg berjenama terkenal boleh merosakkan bibir anda. Ini semua adalah kerana kandungan lead tersebut.Wanita tidak sedar yang apa saja lipstik yang dioles di bibir itu boleh mendatangkan bahaya dan keburukkan akibat bahan yang terkandung di dalam sebatang lipstik.



Oleh itu saya ingin berkongsi produk bibir ajaib yang saya rasa telah membantu ramai orang dalam mendapatkan bibir yang lembab, cantik dan menarik.




Produk ini ialah Satin Lips Lip Mask dan juga Satin Lips Lip Balm.


Caranya dengan meletakkan sedikit sahaja di hujung jari anda dan sapukan ke bibir, biarkan selama 2 minit, kemudian gosokkan secara membulat sehingga keluar lapisan kulit kering jika ada, bersihkan dan keringkan dan oleskan pula Lip Balm bagi melindungi bibir tersebut.




Amat mudah dan tak sampai 5 minit untuk mendapatkan rawatan bibir yang cepat.Hasilnya bibir menjadi kemerahan, dan nampak lebih tegang serta lembut dan halus. Tak percaya kena cuba dulu baru tahu.Pemakaiannya hanya sekali seminggu untuk Lip Mask dan untuk hariannya bolehlah memakai Lip Balm sebelum memakai Lipstik